Parti Komunis Kesatuan Soviet atau
Communist Party of the Soviet Union (
CPSU)
[note 1] adalah parti politik pemerintah dan pengasas
Kesatuan Republik Sosialis Soviet (KRSS). CPSU adalah parti tunggal yang mentadbir Kesatuan Soviet sehingga tahun 1990 apabila
Majlis Tertinggi Kesatuan Soviet membatalkan undang-undang yang memberikan CPSU kuasa monopoli ke atas sistem politik. Parti itu ditubuhkan pada tahun 1912 oleh
Bolshevik, puak majoriti
Parti Buruh Demokratik Sosial Rusia—iaitu kumpulan revolusi yang dipimpin oleh
Vladimir Lenin yang merampas kuasa selepas berlakunya
Revolusi Oktober tahun 1917. Parti itu telah dibubarkan pada 29 Ogos 1991 akibat dari kegagalan
rampasan kuasa pada awal bulan itu.CPSU telah disusun mengikut idea
sentralisme demokratik, satu prinsip yang diilhamkan oleh Lenin yang melibatkan perbincangan demokratik dan terbuka isu-isu dasar dan keperluan perpaduan dalam menegakkan dasar-dasar yang telah dipersetujui. Badan tertinggi dalam CPSU ialah
Kongres parti, yang diadakan setiap lima tahun. Apabila Kongres tidak bersidang,
Jawatankuasa Pusat adalah badan yang tertinggi. Oleh kerana Jawatankuasa Pusat bermesyuarat sebanyak dua kali setahun, kebanyakkan tugas dan tanggungjawab harian terletak pada
Politburo,
Sekretariat, dan
Orgburo (sehingga 1952).
Pemimpin parti adalah ketua kerajaan dan memegang jawatan samada
Setiausaha Agung,
Perdana Menteri atau
ketua negara, atau menyandang ketiga-tiga jawatan serentak—tetapi tidak pernah ketiga-tiga pada masa yang sama. Pemimpin parti adalah pengerusi de facto Politburo CPSU dan ketua eksekutif KRSS.CPSU komited dengan
pemikiran komunis dan menurut
undang-undang parti, CPSU taat kepada ajaran
Marxsisme-Leninisme, ideologi berdasarkan tulisan-tulisan Lenin dan
Karl Marx, dan menjadi rasmi di bawah
Joseph Stalin. Parti itu menjalankan
sosialisme negeri, di mana semua industri telah dijadikan milik negara dan
ekonomi terancang dilaksanakan. Sebelum perancangan pusat telah digubal pada tahun 1929, Lenin telah memperkenalkan
ekonomi campuran, biasanya dirujuk sebagai
Dasar Ekonomi Baru, pada tahun 1920an. Apabila
Mikhail Gorbachev mengambil alih kuasa, sentimen umum di dalam parti dan masyarakat menganggap ekonomi yang dirancang telah gagal dan terdapat keperluan untuk memperkenalkan
ekonomi pasaran. Gorbachev dan beberapa sekutunya membayangkan pengenalan ekonomi yang sama dengan Dasar Ekonomi Baru Lenin melalui satu program
perestroika, atau pembinaan semula, tetapi keputusan pembaharuan mereka menyumbang kepada kejatuhan seluruh sistem kerajaan.Terdapat beberapa sebab yang menyumbang kepada kehilangan kuasa CSPU dan pembubaran Kesatuan Soviet. Sesetengah ahli sejarah telah menulis bahawa dasar pendemokrasian Gorbachev adalah punca, dikatakan ia melemahkan kawalan parti ke atas masyarakat. Lain-lain telah menyalahkan ekonomi yang tidak berkembang dan hilang kepercayaan oleh rakyat jelata dalam ideologi komunis.
Parti Komunis China berkata bahawa punca kejatuhan bermula dengan
Joseph Stalin, mengkritik beliau kerana "mencemar
Leninisme", menukarkan
Marxisme kepada
dogma, mewujudkan pemerintahan untuk seorang, dan memperkenalkan sistem ekonomi yang tidak cekap.